Wednesday, 2 March 2011

PITIS JAVA / JAVA AMULET

        Pitis Java / Java Amulet bukanlah bererti Duit Jawa yang diperdagangkan malahan ianya merupakan Pakaian / Azimat orang-orang Jawa yang dahulu kala, di kurun ke 17 lagi sehinggalah awal kurun ke-19, barulah ia terus menjalar ke Nusantara dan kepulauan Melayu. Di zaman Majapahit lagi, peranan Pitis Java diagung-agungkan. Bagi sesetengah, mereka rela tidak membawa senjata tapi tidak pada Pitis Java.
        Peranan Pitis Java ini berlainan karakternya walaupun di Tanah Melayu , Siam, China malahan di Timur Tengah sekalipun ada mempunyai pitis-pitis tersebut namun ianya lebih banyak berkisar pada penceritaan sesetengah tempat atau sesuatu masa tersebut. Jarang sekali mempunyai peranan seperti Pitis Java.
        Pitis Java umunya diperbuat oleh para ulama yang tinggi aklinya pada waktu tersebut, ianya dibentuk mengikut naskah berserta jampi serapah, umunya berkisar pada kemuliaan, keagungan, kehebatan malahan kesaktian berfakta pada penceritaan kedewaan, ketuhanan Hinduisme ( Godess), bukan setakat itu, namun penceritaan ini jua dikait dengan peranan pokok kayu - kayan dan binatang seperti mana ujudnya Pokok Beringin, Burung Jentayu, naga, lembu dan lain-lain. 
        Bacaan jampi doa serapah sememangnya dimuat-turun pada Pitis-Pitis Java tersebut untuk dikamil, disebati dan diabadikan kepada para pemakai mengikut lunas perjalanan kehidupan/ berjurus kepada kehulu balangan , pengasih, perniagaan, pendinding dan lain-lain. Ini terbukti dengan ujudnya aktor-aktor seperti Sita Dewi, Inai Galah, Wak Long, Pok Dogor dan lain-lain.
         Pitis Java tergolong kepada tiga warna / jenis;
  1. Kekuningan - tembaga
  2. Putih - Perak
  3. Hitam- timah (kedudukan di tengah)
        Pitis Java ini perlu disimpan atas beberapa faktor.
  1. Peranan sejarah- tamadun kehidupan di zaman tersebut.
  2. Kehalusan seni pada ukiran pada setiap watak.
  3. Sebagai koleksi bahan purba.
  4. Pada spiritualnya sebagai azimat diri.
        Atas fakta demikian, bagaimanakah Pitis Java ini boleh diadaptasi- guna pakai oleh seseorang beragam Islam. Umumnya mengetahui walau apa bangsa, agama sekalipun mereka tetap hamba Allah S.W.T., ilmu kebomohan mereka perolehi itu dan kekeramatannya adalah daripada Allah S.W.T. jua walaupun melalui bisik, aspirasi, mimpi mahupun penglihatan. Ini semua milik Allah S.W.T. perlu dikongsi oleh umat sejagat demi tujuan yang baik malahan sesetengah pendapat mengatakan penceritaan pada Pitis Java luarannya pada ketuhanan-kedewaan namun ianya lebih bersifat pada dalaman diri seseorang - rohaniah.

        Wassallam.


Pitis Java
Package:
RM 50,000




Pitis Java (Tembaga)
RM 10,000



Pitis Java (Perak)
RM 10,000




 Pitis Java (Timah)
RM 10,000




 Pitis Java ( Timah)
RM 10,000



Pitis Java (Timah)
RM 10,000



 Pitis Java (Perak)
RM 10,000




Mobile Num.: 012-9648163
E-mail: zahini@hotmail.com


No comments:

Post a Comment