Sunday 27 February 2011

BATU PETIR/ BATU LITAR

        Batu petir jua dikenali sebagai Batu Litar atau 'Thunder Bolt'. Umum mengetahui akan kedatangan Batu Litar adalah berserta dengan panahan kilat (lightning strike). Pada kelazimannya 90% daripada batu-batu ini mengalami kesumbingan, kepecahan atau keretakan. Ini kerna pantumanya amat kuat sekali menghentak satu-satu objek.
      Batu Litar ini jua mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan aneka warna. Antara saiz-saiznya adalah kecil, sederhana dan besar. Namun bentuknya majoriti seumpama mata kapak atau mata lembing malahan warnanya terdiri dari hitam, putih, hijau, kuning, coklat, merah dan pelbagai lagi.
       Antara batu-batu litar yang tersohor adalah seperti litar air, litar api, litar kapak, litar lembing. Namun yang terhebat ialah Litar Tara, berwarna hitam, bersaiz kecil dan Litar Cindai ( kombinasi warna juga bersaiz kecil , kedua jenis ini lah yang selalu dibuat pakaian diri).
       Tidak dinafikan pada yang baharu menceburi diri dalam alam mistik seumpama ini akan merasa bahang kepanasannya. Dalam masyarakat kita lebih menjurus kepada spiritual umpamanya peranan khadam. Bagaimana pula jika si pemakainya itu terdiri daripada orang yang berbangsa asing umpamanya yang tidak tahu dan tidak mengenali akan khadam tersebut. Namun atas sifat kejadiannya tetap berlaku sama sahaja.
       Di sini kita nas kan pula atas sifat kejadian asal, iaitu daripada jisim-jisim kepada jirim-jirim yang berpaksikan Pak Nak Sir ( tanah, air, api, dan angin). Di sini terbentuklah suatu objek, seterusnya daripada vibration/aura. Sifat tadilah jaringan kejadian akan berlaku.
        Seperti biasa penyudahan/ finishing objek-objek litar ini amatlah unik sekali dan halus, sekilas pandang umpama ciptaan/rekaan manusia semata-mata, namun memerlukan seseorang yang tinggi hakikatnya sahaja dapat membongkar Rahsia Alam serta ciptaan dan kebesaran Allah S.W.T.

         Wassallam.





Batu Petir
Thunder Bolt
Package: RM 50,000




Thunder Bolt 
Batu Petir
RM 35,000




Thunder Bolt
Batu Petir






Thunder Bolt
Batu Petir
RM 15,000


Thunder Bolt
Batu Petir






Thunder Bolt
Batu Petir 
RM 10,000



Thunder Bolt
Batu Petir




Thunder Bolt
Batu Petir
RM 5,000




Thunder Bolt
Batu Petir




Batu Petir
Litar Tara
RM 5,000




Litar Tara




Batu Petir
Litar Cindai
RM 5,000








Litar Cindai




Mobile Num: 012-9648163
E-mail: zahini@hotmail.com

Saturday 26 February 2011

Lightning Strike Produces Steel Rod

        Most of us in our society have always talked about the 'Thunder Bolt' but none about the 'Lightning Steel Rod'. After many years of researches, finally I have a comprehensive review.
        The Lightning Steel Rod consists of 4 colours;
  1. Yellow- called the Golden Lightning Rod.
  2. Red- called the Bronze Lightning Rod.
  3. White- called the Silver Lightning Rod.
  4. Black- called the Steel Lightning Rod.
        The Lightning Steel Rod consists of 4 sizes;
  1. Tiny.
  2. Small.
  3. Medium.
  4. Big.
        Such topic is quite complex due to the lack of knowledge, what more it has never been mentioned by scientists nor any research has ever been made. We had never found any websites or blogs discussing overwhelmed. Perhaps the character of lightning strikes ultimately differ from one place to another, due to circumstances or the environment. Hence, the Norse Mythology (Hammer of Thor) and Greek Mythology (Spear of Zeus) had shown that those two items was made of Lightning Steel Rods.
        The appearance of these items is so unique especially the tiny and small ones. By one glance, we might think that it is man-made, though the truth is, God's creations are great.
        The beauty of these items in the view of spiritual is so great and high as the origin of these items is from a high level; up in the sky.
        Some religions view the strike as something that was purely meant to destroy the Satan. No doubt that the Lightning Steel Rod is the most scary item of weaponry towards Satan.
         As we all know, human being was made as an attribute (soil, water, fire, and air). Thus, one should wear the Lightning Steel Rod. The entity will activate the original fire in the body as such healthier condition will persist.
         Despite those facts, some explanations point that the strike activities are more on spiritual cleansing such as physically and spiritually.




Mobile Num.: 012-9648163
E-mail: zahini@hotmail.com



 

Friday 25 February 2011

LITAR EMAS/ BESI LITAR ( MUKA 4 )

        Kaedah Besi Litar ini bukanlah seumpama kaedah barangan-barangan mistik lain yang digembar-gemburkan oleh saudara kita dari seberang seperti Geliga , Buntat , Azimat dan Keris yang berkisar pada kehebatan kebal , kalimunan dan lain-lain elemen yang berbentuk 'Super Power' yang saya andaikan kaedah demikian adalah magik dan ilusi sahaja.
      Lainlah ceritanya dengan Besi Litar ini kerna sifatnya unik dan secret sekali yang memungkinkan seseorang itu tidak mempercayai keasliannya melainkan para ilmuan yang benar-benar tinggi hakikatnya berserta aspirasi dan petunjuk Allah S.W.T. sahaja dapat mengesahkan ketulenannya, Rahsia Alam berserta Kebesaran ciptaan Allah S.W.T..

Wassallam.




























Mobile Num. : 012-9648163
E-mail: zahini@hotmail.com

LITAR EMAS/ BESI LITAR ( MUKA 3 )

     Apakah keistimewaannya Besi Litar ini @ Jika di pandang pada tubuh badan seseorang manusia itu kepalalah kedudukan yang paling agong/ mahkota badan kerna terletak ditempat tertinggi sekali begitulah jua kedudukan dan kedatangan Besi Litar ini. Padanya kedudukan darjat yang amat tinggi sekali daripada kedudukan Bumi, di langit ke-7.
     @ Apakah betul dikatakan panahan litar itu olih para malaikat untuk menghapuskan syaitan / iblis maka sudah tentu Besi Litar ini amat berguna sekali untuk tujuan pemasongan syaitan / iblis durjana.
     @ Umum mengetahui terciptanya umat manusia di atas sifat tanah, air, api, angin, ini bereti sifat api azali telahpun ujud didalam tubuh badan seseorang manusia itu, maka bila mana dicantumkan ( atas dasar pemakaian Besi Litar ) Besi Litar yang di sifatkan sebagai api jua. Maka api azali di dalam tubuh akan senantiasa di aktif / hidupkan maka sudah tentu seseorang itu akan susah untuk patah / jatuh tubuh, ia akan senantiasa sihat, segar dari segi pandangan mata, telinga, syawat dan lain-lain, jua tahan penyakit dan kesihatan terpelihara senantiasa.
       @ Besi Litar ini juga boleh dibuat bahan campuran untuk membuat badik atau keris demi untuk memartabatkan barangan tersebut. Ia juga boleh dijadikan bahan yang berbisa kerna kehangatan sifat apinya.
        @ Seterusnya oleh kerna Besi Litar ini sememangnya bersifat api, tatkala kita menghampiri api zahir yang sedang menyala panas, kehangatannya itu tidak akan dapat mengatasinya. Maka kepanasan yang dirasai tidaklah seberapa malahan tubuh akan senantiasa  dalam keadaan yang menyejukkan, mahupun di bawah kepanasan matahari jua.
        @ Penonjolan warna pada Besi Litar ini amatlah subjektif sekali. Warna Kuning melambangkan keemasan dan kerezekian, Warna Merah melambangkan
 kehulubalangan dan kepahlawanan, Warna Putih melambangkan kedamaian dan keharmonian, Warna Hitam pula melambangkan ketahanan dan kekuatan. Ini sudah mencukupi sifat untuk perjalanan kehidupan.

        @ Pada hemat saya, teknik panahan petir ini, terdapat beberapa karakternya, iaitu pertamanya, kaedah 'Direct Strike Force' yang mana panahannya bersifat secara Lansung atau Terus dan keduanya kaedah 'Rounding Strike Force' yang mana panahannya bersifat 'Pusingan' atau 'Legaran' pada satu-satu tempat tertentu , berkemungkinan untuk 3, 5, 7 atau 9 pusingan atau legaran, bertujuan untuk Penyucian Batin atau Spiritual Cleansing terhadap satu-satu umat, tempat, persekitaran, udara, demi kebersihan dan penyuburan, berkemungkinan disebabkan gelombang kejahilan, kekalutan, kekotoran, keangkuhan, kemungkaran, kejijikan dan sebagainya. Buat penyudahan, Besi Litar tersebut akan jatuh atau singgah di satu-satu tempat untuk barang satu atau dua atau tiga dekad sebelum ditemui oleh umat setempat. Proses ini memakan masa yang agak lama malahan tanahnya jua akan menjadi subur sekiranya di situlah kejatuhannya.
        @ Kaedah penyucian ini pada spiritualnya amatlah besar sekali untuk pakaian diri kerna ianya  bertujuan untuk pembersihan dan penyuburan rohani dan jasmani kemudian meletakkan darjat tertinggi sekali. Bagi si pemakai besi litar tersebut disebalik fadilat-fadilat Allah S.W.T., yang lain mungkin berselindung di sebalik yang mungkin kita tidak ketahui akan manfaatnya.










Mobile Num. : 012-9648163
E-mail: zahini@hotmail.com

LITAR EMAS/ BESI LITAR ( MUKA 2 )

     Penceritaan tentang Besi Litar ini agak kompleks sedikit kerna dalam sejuta umat, tiada satu pun yang mengetahui akannya. Apatah lagi para Saintis Barat, sekali pun tidak pernah menemuinya untuk tujuan kajian, ini terbukti kerna tiada satupun web mahupun blog yang menghurai tentangnya. Apakah mungkin panahan petir disatu-satu tempat itu berlainan karakternya , dengan tiada keujudan Besi Litar ditempatnya , namun apa yang kedapatan hanyalah 'Mythology Norse' - Hammer Of Thor, yak ni Tukol Thor yang diperbuat daripada Besi Litar dan Mythology Greek/ Yunani- Spear Of Zeus, yak ni Lembing Zeus yang diperbuat daripada Besi Litar jua.
      Penampilan Besi Litar ini amatlah unik sekali, terutama peringkat halus dan kecil selain daripada beranika corak dan bentuk, penyudahannya amatlah halus sekali-sekilas pandang ianya seakan-akan buatan atau ciptaan manusia sahaja, namun ciptaan Allah S.W.T. melebihi segalanya dan diluar jangkaan manusia.










Mobile Num. : 012-9648163
E-mail: zahini@hotmail@yahoo.com

LITAR EMAS/ BESI LITAR ( MUKA 1 )

       Umum sekali  dikalangan masyarakat kita membicarakan tentang keujudan 'Batu Litar' atau pun digelar 'Thunder Bolt'. Namun tiada pun yang membicarakan tentang keujudan 'Besi Litar' atau pun digelar 'Golden Lightning Rod', mungkin kerna kekosongan ilmu atau kelesuan minda. Namun setelah 35 tahun pengajian dan pencarian, akhirnya ku temui jua.
       Besi Litar ini terdiri dari 4 jenis warna; 
  1. Warna Kuning- Diumpamakan Emas bergelar 'Litar Emas'.
  2. Warna Merah- Diumpamakan Suasa bergelar 'Litar Suasa'.
  3. Warna Putih- Diumpamakan Perak bergelar 'Litar Perak'.
  4. Warna Hitam- Diumpamakan Besi bergelar 'Litar Besi'.
       Besi Litar ini tergolong dari 4 peringkat saiz;
  1. Halus
  2. Kecil
  3. Sederhana
  4. Besar








Mobile Num. : 0129648163
E-mail: zahini@hotmail.com