Friday 25 February 2011

LITAR EMAS/ BESI LITAR ( MUKA 3 )

     Apakah keistimewaannya Besi Litar ini @ Jika di pandang pada tubuh badan seseorang manusia itu kepalalah kedudukan yang paling agong/ mahkota badan kerna terletak ditempat tertinggi sekali begitulah jua kedudukan dan kedatangan Besi Litar ini. Padanya kedudukan darjat yang amat tinggi sekali daripada kedudukan Bumi, di langit ke-7.
     @ Apakah betul dikatakan panahan litar itu olih para malaikat untuk menghapuskan syaitan / iblis maka sudah tentu Besi Litar ini amat berguna sekali untuk tujuan pemasongan syaitan / iblis durjana.
     @ Umum mengetahui terciptanya umat manusia di atas sifat tanah, air, api, angin, ini bereti sifat api azali telahpun ujud didalam tubuh badan seseorang manusia itu, maka bila mana dicantumkan ( atas dasar pemakaian Besi Litar ) Besi Litar yang di sifatkan sebagai api jua. Maka api azali di dalam tubuh akan senantiasa di aktif / hidupkan maka sudah tentu seseorang itu akan susah untuk patah / jatuh tubuh, ia akan senantiasa sihat, segar dari segi pandangan mata, telinga, syawat dan lain-lain, jua tahan penyakit dan kesihatan terpelihara senantiasa.
       @ Besi Litar ini juga boleh dibuat bahan campuran untuk membuat badik atau keris demi untuk memartabatkan barangan tersebut. Ia juga boleh dijadikan bahan yang berbisa kerna kehangatan sifat apinya.
        @ Seterusnya oleh kerna Besi Litar ini sememangnya bersifat api, tatkala kita menghampiri api zahir yang sedang menyala panas, kehangatannya itu tidak akan dapat mengatasinya. Maka kepanasan yang dirasai tidaklah seberapa malahan tubuh akan senantiasa  dalam keadaan yang menyejukkan, mahupun di bawah kepanasan matahari jua.
        @ Penonjolan warna pada Besi Litar ini amatlah subjektif sekali. Warna Kuning melambangkan keemasan dan kerezekian, Warna Merah melambangkan
 kehulubalangan dan kepahlawanan, Warna Putih melambangkan kedamaian dan keharmonian, Warna Hitam pula melambangkan ketahanan dan kekuatan. Ini sudah mencukupi sifat untuk perjalanan kehidupan.

        @ Pada hemat saya, teknik panahan petir ini, terdapat beberapa karakternya, iaitu pertamanya, kaedah 'Direct Strike Force' yang mana panahannya bersifat secara Lansung atau Terus dan keduanya kaedah 'Rounding Strike Force' yang mana panahannya bersifat 'Pusingan' atau 'Legaran' pada satu-satu tempat tertentu , berkemungkinan untuk 3, 5, 7 atau 9 pusingan atau legaran, bertujuan untuk Penyucian Batin atau Spiritual Cleansing terhadap satu-satu umat, tempat, persekitaran, udara, demi kebersihan dan penyuburan, berkemungkinan disebabkan gelombang kejahilan, kekalutan, kekotoran, keangkuhan, kemungkaran, kejijikan dan sebagainya. Buat penyudahan, Besi Litar tersebut akan jatuh atau singgah di satu-satu tempat untuk barang satu atau dua atau tiga dekad sebelum ditemui oleh umat setempat. Proses ini memakan masa yang agak lama malahan tanahnya jua akan menjadi subur sekiranya di situlah kejatuhannya.
        @ Kaedah penyucian ini pada spiritualnya amatlah besar sekali untuk pakaian diri kerna ianya  bertujuan untuk pembersihan dan penyuburan rohani dan jasmani kemudian meletakkan darjat tertinggi sekali. Bagi si pemakai besi litar tersebut disebalik fadilat-fadilat Allah S.W.T., yang lain mungkin berselindung di sebalik yang mungkin kita tidak ketahui akan manfaatnya.










Mobile Num. : 012-9648163
E-mail: zahini@hotmail.com

No comments:

Post a Comment